Malaysian 1st Social Minister..
Saya amat meminati politik terutamanya sekarang politik Malaysia yang sanggat menarik + kelakar + putar alam + gossip liar + penipuan + manipulate orang + sedih + gembira dan banyak lagi = tukar pemimpin. Sebenarnye saya tak nak cerita pasal politik nie in my FABULOUS BLOG, takut kene kecam. Tak pasal-pasal esok keluar front page macam suri rumah pergi kutuk Raja Perak dalam blog dia habis kene tindakan mahkamah.Kesian anak and laki die (saya doakan akak suri rumah tu selamat).
Entry saya untuk kali ini adalah untuk menyuruh ‘korang’ semua pembaca setia fabulous blog ini mem’vote’ Miss LiNNa sebagai menteri!
Ya baca betul-betul M.E.N.T.E.R.I.. since kerajaan dah fired 8 menteri bagi meminimizekan saiz ahli kabinet. So if saye buat rayuan tambah lagi 1 kementerian mungkin akan dipertimbangkan oleh pihak atasan. Oleh itu, kerajaan ada budjet lebih nak bayar gaji menteri. Jika saya jadi menteri kelak kerajaan tak payah la bayar mahal-mahal. Bayar ikut ikhlas hati jelah ye.!
Saya dengan sukacitanya ingin mengapply kan diri menjadi Menteri Social Malaysia yang pertama!
Disini saya sertakan tindakan/ sebab/ tujuan/ saya ingin menjadi Menteri Social Wanita Pertama Malaysia (MSWPM).
1) Sekiranya saya menjadi MSWPM saya akan meluluskan semua iklan French paper, minuman keras, tuala wanita, rokok, dadah dan lain-lain (akan ditambah dimasa hadapan)
Tujuan saya meluluskan iklan ini kerana masyarakat di Malaysia lebih tertarik kepada benda yang negative eventhough ibubapa tak penah pon ajar. Betul tak??
*Iklan condom bagi golongan yang conservative ( sorry ye) mesti akan ban saya punya. Tapi jika kita tengok in the bright site, kita sebenarnya ajar golongan muda cara yang betul bagi mengelakkan dari penyakit sex berjangkit or we called it as STD seperti gonorea dan sifilis dan juga AIDS. Saya akan pastikan iklan itu mengajar cara pemakaian dan kesan jika kita tidak memakainya.
French Paper @ condom
*Iklan minuman keras pula saya luluskan kerana saya ingin golongan muda tahu differenciate quality minuman dan kesan kepada badan dan otak kita jika kita mengambil minuman yang murah qualiti dan quantitynya.Dan iklan itu saya akan siarkan kesan jika kita mengambil jika melebihi dos dan membawa kepada maut seperti memandu dibawah pengaruh alchohol dan lain-lain bencana yang nagatives.
alcohols
*Iklan tuala wanita jika kita tengok memang ada, tetapi bagi saya ia tidak realistic dan jika anda alert kerajaan pernah ingin mengenhentikan iklan tuala wanita. Saya rasa kerajaan kita ini terlampau sopan santun atau alim. Tetapi kerajaan tak tahu agaknya perangai rakyat macam mana.Bagi iklan tuala wanita, walaupon rasa geli dan gross, tetapi itulah reality. So kenapa kita nak berasa geli. So saya akan pastikan air biru yang iklan sekarang ditukarkan kepada warna sebenar. So dalam masa yang sama kita dapat ajar golongan kecil tentang kehidupan sebenar bukan plastic!
*Ya sekarang pon jika kita beli rokok( bagi perokok) kita dapat lihat iklan di kotak rokok itu dan ia sesuatu yang bagus dan ia akan menjadi lebih menarik jika kita visualkan nya. Dan tujuan saya approvekan iklan rokok saya ingin rakyat tahu jenama-jenama rokok dan diakhiri kesan daripada menghisapnya. Walaupun anda tidak bersetuju dengan idea saya, dengan pengiklanan jenama-jenama terbesar dunia ini kita dapat mengukuhkan sedikit sebanyak ekonomi negara walaupun ia menjurus kepada activity yang negatives.
*Dadah memang musuh negara. Tapi bagi pengambil dadah ia adalah bestfriend mereka! Saya mahukan iklan ini mengajar anda dari mana asal, apakah tujuannya dan kesan jika kita mengambil dadah. Memang jika saya tulis ni anda akan cakap mesti tak berhasil.Ye lah sebab yang hisap dadah semua pon orang tua dan golongan belia. Tetapi tujuan saya lebih kepada kanak-kanak. Saya mahu mereka tahu kenapa, mengapa dan akibat mengambil dadah.
** So ini adalah iklan-iklan yang saya akan luluskan jika saya menjadi MSWPM.
2) Saya akan memastikan semua tayangan filem yang kita tonton adalah yang asli. Maksud saya tiada pemotongan. Sebenarnya saya tak faham kenapa kerajaan memotong adegan-adegan di dalam filem tersebut. Adakan kita takut kanak-kanak terpengaruh? Bagi saya itu adalah nonsense! Kita sepatutnya meggalak kan mereka menonton kerana jika kita kawal peragai seseorang, dan jika penjaga mereka tiada, mereka akan melakukan sesuatu yang mereka tak pernah buat (nakal).
Dan jika kita benarkan mereka menontonnya minda mereka akan lebih terbuka dan mereka tidak akan malu bila berhadapan dengan umum. Tetapi bagi seseorang yang hidup sentiasa dikawal, minda mereka tidak terbuka dan mereka lebih cepat terpengaruh dengan benda-benda yang kita consider negatives ini.
3) Bagitu juga di cinema, semua tayangan filem adalah 100% original tiada pemotongan.
4) Saya juga akan menggalakkan golongan muda menonton rancangan yang sememangnya tidak akan dilakukan oleh kerajaan iaitu rancangan seperti sex educations. Tujuan saya bukan untuk mengajar kearah yang salah, tetapi ia adalah satu pelajaran dan kenapa kita tak boleh siarkannya di TV.
1) Kita duduk dinegara yang democracy, kita ada hak untuk bersuara. Dan negara lain kagum dengan Malaysia kerana berbilang bangsa tatapi masih boleh hidup dengan aman dan harmony. Tetapi tidak semua jenis makanan bangsa lain kita boleh makan kerana status halal nya diragui. Oleh itu, saya akan pastikan semua restaurant, kedai, gerai makanan di Malaysia adalah halal dan bagi yang non-halal saya akan tempatkan 1 gerai ini di hujung setiap gerai-gerai makanan di Malaysia untuk yang non-halal. Jadi kita tak ada masalah makan di mana sahaja yang kita suka dan kebersihannya dijamin!.
2) Di KL itself, bila kita jalan from KLCC to Pavilion, kita akan jumpe lebih dari 20 buah kelab malam dan pub dan pusat-pusat hiburan. Saya tidak nafikan gologon remaja dan golongan koperats (mostly islam-malay) akan banyak menghabiskan masa pada hari miggu dan saya menyokong activity ini kerana kita dapat keluar bersama kawan-kawan dan menghabiskan masa bersenam sambil mengeluarkan peluh. Tetapi jika saya menjadi MSWPM saya akan pastikan no more ladies night. Maksud saya di kebanyakan pusat hiburan,mereka akan menetapkan hari bagi pengujung wanita untuk diraikan dan kebayakan mereka menetapkan hari Khamis malam jumaat.Dan saya akan pastikan semua kelab malam akan mengurangkan activity pada malam itu dan ladies night ditukarkan ke hari Isnin bagi menghormati khamis malam jumaat itu.
Tujuan saya membuat entry ini adalah ingin memberikan/share pendapat saya untuk menjadikan rakyat Malaysia bersikap lebih terbuka. Ini kerana masyarakat sekarang banyak yang telah terkena kejutan budaya or culture shock. Ini disebabkan kurang pendedahan terhadap reality dunia tetapi terlebih pendedahan kepada reality TV. dan bila mereka terdedah dengan keadaan yang sebenarnya mereka akan mempunyai sikap/eager ingin mencuba benda yang baru bagi mereka. Dan itulah sebenarnya bermula gejala rogol, dadah , mencuri dan lain-lain activity yang negatives.Kerana bagi saya, makin kerajaan ingin mengawal gejala negatives, rakyat akan menjadi conservative dan culture shock dan makin banyak kes-kes negatives yang cuba kerajaan atasi ini akan gagal.
Diharap saya tidak akan dikecam oleh kerajaan di atas topic yang jarang sekali kita dengar ini kerana kita biasanya hanya berbual dengan rakan-rakan mengenai isu yang agak sensitives ini.
So to all of my loyal readers, vote for me for the first sosial minister. So i’m gonna change your mind-set, and we live as a perfect human!
Miss LiNNa adore KJ! Dont ask me why =).
*Saya berase bangga dengan entry nie sebab mengunakan bahasa melayu yang bagus if submit kat Puan Narimah (cikgu BM) sure dapat A++!