Wednesday, April 15, 2009

Mulut Bau Longkang..!! yux!

.



Ahha! Topic kita pada hari ini tak relate langsung dengan title di atas ya! so jangan tertipu.. GOTCHA! Tapi adalah sedikit sebanyak info jika kita tak jaga gigi akan menyebabkan kita didalam golongan mulut yang barbau longkang yang BUSUK lagi KEJI!

haha..saya sanggat alergic dengan manusia bermulut busuk lagi keji ini.. sehingga jika nama mangsa dalam name list, saya akan 'gap' kan nama saya dengan nama si mangsa itu. (sampi begitu tahap ke-gelian saya). itu belum lagi saya suruh kawan baik saya Cik Loly tolong musnahkan virus jika ada sesetangah mangsa minum minuman saya!

*mangsa ialah term bagi golongan mulut yang berbau langkang

Di sini saya ada buat sedikit kajian mengenai gigi dan personality anda. Sila lah baca dan judge anda yang mana satu!






Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang. Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni ok!




Jarang dan kecil

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!


Bersaiz sederhana dan rata

Cantiknya gigi dia. Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan? ---> its ME! =).





Besar dan jarang

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik. Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi boleh bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!




-gigi yang jongang-







Jongang dan besar

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!


Tidak tersusun

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.


Kecil dan tersusun

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!




-bayi bergigi ajaib-

gigi Miss LiNNa mestilah yang paling bagus di sini!

.

19 comments:

Mr Jon said...

Miss Linna gambar-gambar gigi tu menakutkan Mr Jon la.....
Mr Jonn tau mesti Miss Linna tujukan entry ni buat tukang gosok gigi buaya kat Afamosa Resort...
HAHAHAHAHAAHAHAHA!
Kalau gigi pakai braces apa maksudnya?

Miss Linna said...

Hello Mr Jon bertemu kembali!

hahah..entry nie Miss Linns bwt sebab bace article pasal jaga kesihatan mulut/oral..

so timbul la idea nak tulis pasal nie and memang masa tulis teringat kat si gigi tua a.k.a tukang gosok gigi buaya di A famosa! eee..!!!

Porcelina said...

hahaha mesti kau rindu kt jolene kan??!!

Miss Linna said...

HAHA..

yes Jolyn pon tergolong dlm golongan ini..

yuxx..

CiK JagOnG MaNeS said...

tomeng...aku geli!..yucks!...
btw..who's loly?

a.d.e.l.a said...

aku la loly ngok!

eei wujud ke gigi camtu?

housemate aku ni pun ade prob gigi.
bole lak gigi dia patah time makan choc.
nak kata keras tak la.
choc ferrero rocher.keras ke?

btuk ckp jon.
ko rindu kt gigi buaya kan.
haha!

Unknown said...

gigi jolyn spesis yang mane eh? yang aku tahu aku ade gigi wakakaka....

Anonymous said...

jage la gigi anda sebaik2 nye if anda ingin menjadi sempurna..renung2 kan dan selamat beramal..///

Miss Linna said...

Cik jagong : geli eh,itu la kenyataan..ko nie iLa pon x kenal ke..

Adela :mesti kawan ko ade masalah gigi reput..rindu gigi buaya!! for God sake!!!!itu sanggatla xmungin

Odd: Odd nie aku reply..nanti jangan la berkecil hati kate aku x rely commentmu pula ye! GiGi Jolyn adalah species yang jarang di temui.nanti aku bwt kajian mendalam lagi ye!

PuPa gonzales: pup ko x payah la gne nick anonymous kay..sanggatlah annoying..ini kerana aku tau cara penulisan kau..so ko xle lari..HAHAH..tau la gigi ko da ok..

kepada semua,pup nie ade masalah gigi terapung...LOL~


=).

Unknown said...

time kasihlah kerana membalas komen aku....pasal gigi2 tu boleh pecaye ke?
nnti cube ko bukak topik pasal bibir plak...aku nak kaji manusi melalui blog kau...oink oink.....

Miss Linna said...

amboi odd...

nape tibe2 obsesi dgb bibir nie..?

aku nak bwt experiment la,ape kate ko try basahkan bibir sathiya/kong kek leong..?

nanti keputusan nye ko email di e-mail add aku ye!

Unknown said...

takmoh...

Miss Linna said...

ala.. nak la..

a.d.e.l.a said...

haha.pup pup.
lupe lak.gigi die dah ok.
patut la melebar sengeh aritu.
die bajet ade org tegur 'cantek nye gigi ko!'

Miss Linna said...

memang pon weh...

die gelak ari 2 bukan main lagi..

kan selalu macam cover2 gitu..

pastu aku terperasan..so dgn belagaknye die tunjuk gigi baru die..

HAHAH..

Anonymous said...

Sis~
pix gigi tu horror la..
but all da facts very interesting =D

Jum g0sok gigi~
[mari nyanyi lgu bangon pg gosok gigi..hee~]

Miss Linna said...

ye kite kene gosok gigi..agar senyuman berseri..thnx Qema~~

=).

Anonymous said...

wowowowoowwoooooooooo...gg gua sbenar bole je buat time skolah mude2 dlu...but..syg la psl gg gua la ramai yg terpesona...time kasih...insan yg dihargai...

dak2 saga itam ayuh ke stabux !!!! hell yeah

Miss Linna said...

dak2 saga itam..

sial je lu..